Sejarah dan matlamat Pertubuhan_Kerjasama_Islam

Matlamat utama OIC adalah "untuk menggalakkan keeratan antara ahli negara-negara Islam; bagi menyelaras kerjasama antara negara ahli dalam bidang ekonomi, sosial, budaya, saintifik, dan bidang-bidang lain; bagi berusaha untuk menghapuskan perbezaan rasial dan diskriminasi dan menentang kolonial dalam semua bentuk; dan, untuk menyokong semua Muslim dalam usaha mereka mempertahankan maruah, kebebasan dan hak negara, membina jambatan antara jurang perbezaan budaya dunia dll".

Organisasi ini ditubuhkan di Rabat, Maghribi pada 25 September 1969 dengan persidangan pertamanya berlangsung di Rabat pada 22 September hingga 25 September.

Persidangan yang kesepuluh diadakan pada 16 dan 17 Oktober 2003 di PICC, Putrajaya yang dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia ke-5, Tun Abdullah Ahmad Badawi. Kini Malaysia adalah Pengerusi Pertubuhan Persidangan Islam (OIC).

YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Perdana Menteri Malaysia yang pertama pernah dilantik sebagai Setiausaha Agung OIC yang pertama.

Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) lahir pada 12 Rejab 1389 Hijrah apabila pemimpin dunia bersidang buat pertama kalinya di Rabat, Maghribi bagi membincangkan strategi ummah berikut pembakaran Masjidil Al-Aqsa di Baitulmaqdis[6] yang menjadi kiblat pertama umat Islam. Mesyuarat persediaan di Rabat pada 8 dan 9 September dihadiri tujuh negara termasuk Malaysia bersetuju mencadangkan kepada Ketua negara dan kerajaan Islam supaya mengadakan sidang kemuncak Islam di Rabat. Jemputan dihantar kepada 25 negara itu yang dianjur oleh Raja Hassan II Maghribi, dan Malaysia diwakili oleh perdana menteri masa itu, Allahyarham Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj. Sidang kemuncak berikutnya diadakan:-

  • Lahore, Pakistan (1972)
  • Makkah/Taif, Arab Saudi (1981)
  • Casablanca, Maghribi (1984)
  • Dakar, Senegal (1991)
  • Casablanca, Maghribi (1994)
  • Teheran, Iran (1997)
  • Doha, Qatar (2000)
  • Putrajaya, Malaysia (2003)

Rujukan

WikiPedia: Pertubuhan_Kerjasama_Islam http://www.pelitabrunei.gov.bn/nasional/item/649-o... http://www.unhchr.ch/huricane/huricane.nsf/view01/... http://www.arabnews.com/?page=4&section=0&article=... http://edition.cnn.com/2003/WORLD/asiapcf/southeas... http://edition.cnn.com/2008/WORLD/europe/03/28/isl... http://www.cnsnews.com/Public/Content/Article.aspx... http://query.nytimes.com/gst/fullpage.html?res=9A0... http://www.patanipost.com/090418OIC.html http://www.patanipost.com/OIC090419.html http://www.patanipost.com/OicResolution.html